Hanya Sekadar Coretan...
Tahap loya, demam, sakit kepala dan takde selera makanku makin menjadi-jadi. Fikiran dah semestinya jadi semakin kacau-bilau terutamnya apabila aku berada dalam situasi yang tak menyenangkan seperti terpaksa mendengar muzik yang terlampau kuat, duduk di depan pc terlalu lama serta terpaksa berdiri dalam jangkamasa yang panjang. Kalau boleh, aku nak tidur sepanjang masa tapi dari duduk kat rumah sorang diri, aku rela kuatkan semangat untuk ke office jugak & menghadapi pelbagai cabaran setiap hari. Walaupun bukan setiap hari melalui kesakitan yang tak diduga ni, namun aku berharap sangat agar aku mampu untuk mengatasi segala masalah supaya aku tak menyusahkan orang lain. Kalau mamaku berjaya dapatkan 4 orang anak, takkan aku yang baru sorang ni dah tak larat kan? Mungkin dengan pengalaman mengandung buat pertama kali ni, aku dapat merasai kesakitan serta pengalaman pahit yang telah mamaku tempuhi semasa melahirkan aku & adik-adikku ke dunia ni. Sampai kat stage nilah, baru rasa bersalah sangat apabila teringatkan scene aku meninggikan suara ketika bercakap dengannya dan kalau boleh diputarkan masa, aku sanggup mendengar setiap kata yang disuruhnya. Tapi, tak mengapa kerana mungkin dengan cara ni, aku akan berasa insaf dan akan lebih menyayangi mamaku. Sebab itulah, aku mengambil keputusan untuk berpindah semula ke kampung halamanku untuk berada dekat dengan seisi keluargaku. Walaupun susah buat sementara waktu kerana kemungkinan besar aku tidak akan bekerja dan suamiku pula hanya akan menolong pakcikku namun yang penting ialah perasaan gembira yang akan aku kecapi kerana dapat berada dekat dengan keluargaku. Tak tahu lagi apa yang akan berlaku kepada kehidupan ku selepas ni, tapi yang penting sekali aku dapat menggembirakan kedua-dua mama dan papaku kerana telah berjaya mendapat tawaran KPLI. Itulah hadiah yang paling bermakna sekali untuk mama dan papa!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home