My Confessions

Monday, November 29, 2004

Ohhh.... My Baby!

Setelah otak aku serabut dengan macam-macam problem, finally aku telah menerima one good news last Friday yang aku rasa memang patut aku catatkan in this blog and share with everyone. Last week, aku macam takde selera nak makan sangat & every morning aku akan kena flu bila tiba kat office. So, I thought it was normal since setiap kali before period datang, aku akan mengalami situasi tak sedap badanlah, takde selera makan & macam-macam lagi. I managed to put aside all the worries and penyakit but untill last Friday, I couldn't bear untuk tahan penyakit gastrik aku yang muncul secara tiba-tiba pada hari sebelumnya. Tapi gastrik yang aku alami pada kali ni, ada kelainan sikit sebab I felt like vomitted when nothing actually came out through my throat dan perut aku rasa kosong sangat. Selalunya bila gastrik tahap kronik aku muncul memang segala isi yang ada kat dalam perut akan keluar dan takde pulak aku rasa loya-loya tahap dewa yang macam aku alami sekarang!

Apabila rasa tak tahan sangat, aku pun mengambil keputusan untuk pergi berjumpa dengan doktor untuk dapatkan injection kat perut untuk hilangkan sakit gastrik tu. And the doctor asked me to lay down first while he was asking one of his assistant to get ready with the injection but suddenly right before doktor tu cucuk perut aku, tetiba dia tanya "Eh, awak dah kawen kan? Awak ada miss period tak lately?"... Then aku replied yang period aku dah 8 hari lambat dan dengan segeranya doktor tu suruh aku bangun dan buat urine test! Jantung aku dah berdegup pantas sebab aku takut jika keputusan yang akan aku dapat dari test nanti negatif. I'm actually putting high hopes & aku ingatkan kalau masuk hari ke 14 tak datang jugak period tu barulah aku buat pregnancy test sebab lewat 8 hari untuk period kan memang perkara normal bagi kaum pompuan! Dengan kaki yang menggigil, aku pun pergilah buat urine test tu dan aku cuma berserah jer pada Allah sebab kalau ada rezeki yang telah ditentukannya maka positiflah pregnancy test yang aku ambil ni. Lepas serahkan the urine bottle to the doctor, he asked me to sit first while he did the test. Lepas tu, dia cakap kat aku kalau ada satu line maka maknanya aku tak pregnantlah dan kalau ada dua lines that means I'm pregnant! Aku pun bangun untuk tengok sendiri dan alangkah gembiranya bila aku nampak ada 2 garisan yang keluar daripada kertas yang telah dmasukkan ke dalam bekas urine aku. Secara serta-merta airmata aku mengalir & sayang sekali that I missed to experienced this moment with my hubby! Aku bersyukur sangat kepada Tuhan kerana telah memakbulkan doa aku.... I berharap sangat agar aku dan kandungan aku ni akan mendapat kesihatan yang baik sepanjang tempoh aku mengandung. The doctor said that my baby is now in week 5 so kalau takde sebarang masalah, insya-allah baby tersebut akan keluar pada bulan Julai nanti...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com